Tuesday, December 1, 2009
CHELSEA TERBAYANG PIALA
Pengurus Chelsea,Carlo Ancelotti percaya bahawa Chelsea mampu menjadi juara Piala BPL 09/10 jika fokus pada setiap perlawanan & mengekalkan prestasi.Kenyataan pengurus warga Itali itu ada jelasnya selepas menundukkan Arsenal 3-0 di Stadium Emirates.Namun Ancelotti memberikan amaran bahawa pemainnya tidak boleh leka selepas kalah mengejut kepada Wigan (3-1)dan Aston Villa (2-1) yang menunjukkan apa yang boleh berlaku sekiranya tidak fokus pada perlawanan.Selepas menunduk mudah The Gunners,Chelsea kini berada 11 mata mengatasi jiran setempat London.
Monday, November 30, 2009
BARCELONA MENANG
Barcelona menang dengan Real Madrid sebanyak 1-0 ketika bertembung perlawanan yang dilabel 'El Classico' di Nou Camp.Gol tunggal jaringan Zelatan Ibrahimovich pada minit ke-55.

CHELSEA MENANG LAGI
Chelsea sekali lagi menang dengan Arsenal sebanyak 3-0 di Stadium Emirates sekaligus melebarkan takhta dengan 11 mata di belakang Arsenal manakala 5 mata di belakang Man United.Penyerang utama Chelsea,Didier Drogba menjaringkan gol pertama menerusi hantaran cantik bekas pemain Arsenal,Ashley Cole pada minit ke-41 sebelum pertahanan Arsenal,Thomas Vermaelen menolak masuk ke gawang sendiri.Babak kedua menyaksikan sekali lagi Didier Drogba menambah jaringan menerusi sepakan percuma cantik pada minit ke-86.

Wednesday, November 25, 2009
GETIR BUAT AC MILAN.
AC Milan sekarang berkongsi mata dengan pendahulu kumpulan C Liga Juara Eropah.Hanya jaringan yang memisahkan mereka.Namun Marseille hanya 1 mata di belakang mereka.Pagi esok,Milan akan bertemu Marseille di San Siro.Kalau Milan menang,mereka layak ke pusingan kalah mati.Real dan Milan tidak boleh tersilap langkah,tambahan pula Marseille hanya1 mata di belakang mereka.Ronaldinho berkata 'aksi di San Siro membuat saya rasa di rumah'.

RONALDO KEMBALI SEMULA
Cristiano Ronaldo kembali bermain ke Real Madrid selepas menyepi 10 perlawanan gara-gara kecederaan pergelangan kaki.Real Madrid akan bertemu FC Zurich di santiago Bernabeu pagi esok.Mereka juga akan bertemu Barcelona yang dilabel 'El Clasico'di Nou Camp.Real berkongsi kedudukan dengan Milan tetapi Marseille hanya 1 mata di belakang mereka.

Cristiano Ronaldo Pictures
Cristiano Ronaldo Pictures
Monday, November 23, 2009
NICOL KALAH
Nicol David,satu nama besar dalam pertandingan skuasy.Namun,beliau kalah kepada atlet England,Jenny Duncalf di kejohanan skuasy Klasik Qatar,malam semalam.Nicol kalah kepadanya sudah 2 kali ketika di peringkat yang sama di Terbuka Weymuller,Amerika Syarikat awal bulan ini.Nicol kalah kepada pemain berusia 27 tahun itu dengan,6-11,11-2,11-7,3-11,6-11.Jenny akan bertemu di final hari ini sama ada pilihan kedua dari Australia,Rachel Granhem atau pilihan kelima dari Ireland,Madeline Perry.

Friday, November 20, 2009
PERANCIS KONTROVERSI
Perancis terikat seri 1-1 apabila bertemu Ireland pada playoff Piala Dunia 2010 di Paris.Mereka pergi ke Piala Dunia di Afrika Selatan menerusi agregat 2-1.Pada perlawanan pertama di Dublin,Anelka menjaringkan gol tunggal pada hari tersebut.Pada perlawanan kedua pula,bola yang terkena tangan Henry berjaya ditanduk masuk oleh Gallas sekaligus mencetus kontroversi.Walaubagaimanapun,penyerang Perancis itu mengaku yang bola itu terkena tangan beliau dan bersetuju dengan cadangan Perdana Menteri Ireland untuk main semula perlawanan tersebut di Paris.Presiden Fifa,Sepp Blatter memberi sokongan moral kepada Henry dan mempertahankannya.Beliau berkata,'ketika saya di dalam pasukan remaja,saya memiliki kelebihan dengan menarik jersi sewaktu berusaha menjaringkan gol.Saya tidak memberitahu mengenainya'.
CHELSEA HEBAT
Piala BPL 2009/2010 akan menjadi milik Chelsea.Semalam,Chelsea menang dengan Wolverhampton Wanderes sebanyak 4-o dengan jaringan Malouda,Joe Cole,dan Essien 2x.Manakala Man United menang dengan Everton sebanyak 3-0.Arsenal pula kalah kepada Sunderland sebanyak 1-0.Liverpool terikat seri dengan Man City sebanyak 2-2.Chelsea kekal sebagai pendahulu liga dengan mengutip 33 mata.Man United naik tempat kedua liga dengan 28 mata.
Subscribe to:
Posts (Atom)